Kelas Mereka Poster Sempena Kemerdekaan

3 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini

2 Ogos 2024 , Sabtu- Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan kelas ICT untuk adik-adik komuniti Presint 9 Putrajaya. Kelas diadakan bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Seramai 3 orang pelajar lelaki telah menyertai kelas ini.

Kelas bermula dengan pengenalan kepada aplikasi Canva. Pelajar diterangkan mengenai fungsi memasukkan tulisan, menukar background, memasukkan gambar, memilih element, memasukkan video dan sebagainya. Pelajar diberi tugasan untuk mereka poster bersempena Hari Kemerdekaan. Pertama sekali pelajar perlu mencari gambar yang bersesuaian. Kemudian pelajar menggunakan aplikasi Canva secara atas talian untuk membuat poster kemerdekaan mengikut kreativiti masing-masing.
Kelas diakhiri dengan Kuiz Kemerdekaan untuk menguji minda dalam mata pelajaran Sejarah kepada semua pelajar terbabit.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas